Kini, sesiapa pun boleh meninggalkan komentar. Dijemput meninggalkan komentar jika berminat. Akan tetapi, setiap komentar akan ditapis terlebih dahulu. Jika menyerang individu, ianya tidak akan dipamerkan.

18.7.09

Aku Tentang PPSMI (Part II)

Akhirnya, segala kemelut tentang PPSMI berakhir pada minggu lepas setelah Kementerian Pelajaran mengumumkan untuk tidak menggunapakai PPSMI.

Berita ini adalah satu berita gembira pada aku dan seluruh penduduk Malaysia yang secara jatinya (dan bersemangat nasionalis) mendukung pengajaran menggunakan bahasa Melayu. Aku pernah memberikan pandangan ini sebenarnya dan aku sekeras-kerasnya menentang. Tetapi, dalam masa aku menentang itu, ada beberapa komentar yang membalas dan pandangan aku tentang itu. Aku tidak kisah kerana itu hak masing-masing untuk menerima atau menolak.

Tetapi apa yang paling kelakar adalah akhbar-akhbar arus perdana yang sentiasa menjadi mulut kerajaan. Akhbar-akhbar ini terlalu menyanjungi pendapat kementerian seolah-olah mereka tidak ada otak untuk memberikan pendapat-pendapat mereka sendiri. Fikirannya tidak telus. Pada ketika mana, kerajaan berkeras mempertahankan statistic bahawa peningkatan dalam graf keupayaan anak-anak murid menjawab dalam bahasa Inggeris, mereka mendedahkan segala statistik ini yang aku kira palsu belaka. Mereka seolah-olah tidak mahu memaparkan statistik yang dibuat secara telus dan laporan yang benar. Segala percakapan rakyat menentang PPSMI diputarbelitkan, dan mendukung aspirasi kerajaan untuk terus menggunakan PPSMI. Walhal mereka tahu apa sebenarnya yang telah terjadi.

Dan setelah PPSMI dimansuhkan, barulah mereka ini terhegeh-hegeh mengeluarkan statistik kegagalan PPSMI. Bukankah statistik ini perlu dikeluarkan lebih awal lagi untuk tidak menipu rakyat. Penggembelingan akhbar dan kerajaan seolah-olah mahu memperbodohkan rakyat. Mereka menggunakan kuasa media untuk memberikan laporan palsu (pada awalnya) dan kemudiannya mendedahkan laporan yang betul.

Dan lebih kelakarnya, penulis-penulis kolum sibuk menulis esei tentang keprihatinan kementerian memansuhkan PPSMI. Kau ni bodoh ke apa? (Are you stupid or something). Sepatutnya kau (penulis kolum) tulis lebih awal tentang buruknya pelaksanaan PPSMI ini. Dan isi-isi mereka menyokong kerajaan memansuhkan PPSMI ini bila aku baca balik, sama je dengan apa yang pembangkang cakap, A.Samad Said cakap, dan mereka yang menentang PPSMI.

Sekali lagi, mereka telah menjadikan diri mereka bodoh di hadapan berjuta-juta pembaca yang sedar (celik).

Sekali lagi aku mengkagumi cerita-cerita rakyat. Kali ini adalah kisah Hang Nadim yang memberikan ideanya untuk menggunakan batang pisang dari terus Singapura dilanggar amukan todak. Raja yang bingai pada ketika itu kemudiannya telah termakan pujukan datuk bendahara untuk membunuh Hang Nadim kerana dikhuatiri apabila besarnya nanti Hang Nadim itu, akan mebjadi lebih bijak dari Raja mereka.

Apa ke bodoh orang melayu itu. Tidak mahu rakyatnya menjadi labih bijak. Dan kesekian lah terjadi sehingga sekarang ini, pemimpin melayu itu, tidak suka rakyatnya menjadi lebih bijak kerana dikhuatiri rakyatnya akan menentang. Oleh itu, disebabkan peredaran masa dan teknologi, pemimpin-pemimpin sekarang menggunakan media untuk menjadikan rakyatnya menjadi bodoh dengan menyuapkan berita-berita tidak telus. Mereka yang bijak ini, dibunuh dengan menghantar ke dalam tahanan ISA agar (kononnya) semangatnya dibunuh di dalam kurungan itu.


4 refleksi:

bononaladyz said...

mereka mahu dipandang bijak, cerdik pandai walhal akibat 1 perkara, kebodohan sebenar mereka dah terbukti. my litle bro yg masih darjah 2, memg ada pngkatan dia paham words englsh, tapi bile nak jawab soalan, die payah nak paham..so. lu pikirlah sendiri....y kesiannya, my 2nd yngest bro yg nk upsr thn ni..dah nk exam, sume ubah.

aloy_paradoks said...

kalaulah semua rakyat malaysia mcm lu.... senang hidup gua... takyah belajar BI

en.Adam said...

dikaburi oleh badut..

eh,aku jumpa chalie kelmarin!!
:-D

Marissa said...

Aku sokong PPSMI. Ehehe.. Sebab aku tau hasil kajian menunjukkan punca kegagalan bukan kerana pelajar tidak mampu.

Aku betul2 menyokong PPSMI.

Mungkin aku anak sorang orang tua kampung ulu di Kedah yang bersekolah aliran Inggeris yang penguasaan bahasa Inggerisnya jauh lebih hebat dari aku yang sekolah pekan 40 tahun Kemudiannya.

Ehehe... Aku anak kedah, anak org ulu. Aku masih sokong PPSMI. Eheh.